Semakin
kuat iman, maka semakin bertambah sensitiviti individu apabila terjatuh
atau mendekati perkara-perkara syubhat dan haram. Sebaliknya, semakin
lemah iman akan menurunkan sensitiviti tersebut, kata Abdullah ibn Mas’ud RA berkata:
“Orang
mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki
gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli
maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di
hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”
Ini
bermakna tahap iman individu tercerna dalam perasaan dan sensitivitinya
terhadap dosa. Justeru, di manakah ia antara dua kecenderungan tersebut
..
Adakah
seperti orang yang duduk di bawah batu di kaki gunung yang akan
menghempapnya pada bila-bila masa, atau seperti orang yang dihinggapi
lalat pada hidungnya?
Dari
sini kita katakan bahawa iman yang hidup akan mengawal tingkah laku
manusia, seperti mana Imam Hassan al-Banna pernah berkata: Iman ini
meninggalkan ke dalam setiap jiwa “raqib” yang tidak pernah alpa,
pengawas dan penjaga agar jiwa manusia tidak pernah lalai, saksi yang
tidak pernah bermuka-muka, pilih kasih, menyesatkan dan tidak akan lupa
untuk menemani jiwa manusia sepanjang masa; siang dan malam, ketika
sendirian atau berkumpulan. Iman ini akan mengawasi manusia setiap masa
di setiap tempat, mengajak jiwa manusia supaya melakukan kebaikan dan
mencegah agar tidak melakukan kejahatan, mengingatkan manusia agar tidak
tergelincir, memimpin manusia supaya dapat membezakan jalan yang betul
dan jalan yang salah. (Adakah kita golongan yang bekerja?).
Pada
satu hari Rasulullah saw menyatakan tentang jenis-jenis sangkaan;
antaranya ada setengah orang yang menyangka ia mendapat pahala, ada yang
menyangka kejahatannya tertutup dan ada yang menyangka ia mendapat
dosa.
Beliau ditanya mengenai orang yang menyangka kesalahannya tertutup? Beliau
berkata: "Ayat yang telah diturunkan oleh Allah kepada saya tentang hal
ini hanya satu ayat yang sudah mencakupi dan lengkap ini:
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Al-Zalzalah: 7-8).
Apabila
iman semakin meningkat dan bertambah tentu akan menjadikan seseorang
mudah untuk beramal - walaupun seberat zarah seperti yang dinyatakan
dalam ayat –. Dengan itu, akan mendorong seseorang untuk bergerak dengan
penuh sensitiviti dan waspada semasa melakukan sesuatu dalam semua
perkara.
Ya,
inilah undang-undang yang paling penting untuk mengawal tingkah laku.
Walaupun dikuatkuasakan suatu undang-undang yang ketat dalam masyarakat
untuk mengawal tingkah laku individu tidak akan dapat membuahkan hasil
melainkan jika anda memulakan dengan membaharui iman di dalam hati
supaya dapat; menguatkan penggerak dalaman. Tepat sekali orang yang
pernah berkata:
“Jiwa tidak akan selamat dari kesesatan ... selagi mana di dalam jiwanya tidak terdapat penggerak”
Menurut
Abu Ala’ al-Maududi: Iman yang ditanam di dalam diri manusia seumpama
polis pengawal yang menggerakannya untuk beramal dan mengalakkannya
untuk mentaati perintah-perintah Allah .. Penggerak
dalaman dan pengawal dalaman ini adalah yang menguatkan undang-undang
Islam dari segi akhlak dan tingkah laku mahupun menjadikannya pelaksana
di kalangan manusia menurut hakikat yang sebenar .. Iman
inilah yang memastikan individu muslim dan umat Islam mendapat petujuk
kepada jalan yang lurus jika iman telah berada di dalam hati.
Diriwayatkan
bahawa datang seorang lelaki lalu duduk di samping Nabi saw. Dia
berkata: Wahai Rasulullah, saya memiliki budak suruhan (hamba) di mana
mereka telah mendustakan saya, mengkhianati saya dan berbuat jahat
kepada saya. Lalu saya telah mencela mereka dan memukul mereka.
Bagaimana kedudukan perbuatan saya itu? Rasulullah saw berkata: " Apabila tiba hari
kiamat nanti akan dihisab semua perbuatan yang mengkhianati, mendustai
dan berbuat jahat kepadamu serta tindakan kamu menghukum perbuatan
mereka. Maka seandainya hukuman yang telah kamu jalankan kepada mereka
sesuai dengan dosa-dosa mereka, maka ianya tanpa apa-apa bebanan. Tiada
hukuman kepada mu dan juga hukuman dosa mereka ke atas mu. Namun,
seandainya hukuman mu itu kurang atau tak sepadan dengan dosa-dosa
mereka, maka itu yang paling untuk mu. Tetapi seandainya hukuman itu
melebihi dosa-dosa mereka ke atas mu ... maka, mereka boleh membalasnya
dengan lebih lagi.” Lalu lelaki itu pergi ke satu sudut. Dia meratap dan menangis. Rasulullah saw membacakan ayat ini kepadanya (bermaksud):
“Dan
(ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk
(menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri
sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji
sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan
dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.” (Al-Anbiya’: 47).
Lelaki
itu berkata: Wahai Rasulullah, tiada suatupun untuk saya dan untuk
mereka sesuatu yang lebih baik daripada melepaskan mereka. Dengan itu,
saya bersaksi bahawa mereka semua dimerdekakan.
Dari
'Aishah r.ha pernah berkata: Abu Bakar mempunyai seorang budak lelaki
yang selalu menolong mengeluarkan bisulnya. Ketika Abu Bakar ingin
mengeluarkan bisulnya, pada satu hari budak itu datang membawa sesuatu
yang disukai Abu Bakar yang sedang berlapar. Lalu Abu Bakar makan sesuap
makanan pemberian budak sebelum bertanya kepadanya. Budak lelaki itu
berkata kepadanya: Adakah tuan tahu apakah ini? Abu
Bakar berkata: Apakah ini? Jawab budak itu: Saya telah bekerja sebagai
penenun nasib kepada orang ramai di zaman jahiliah walaupun saya bukan
ahli tenun yang terbaik. Tetapi sebenarnya saya menipu. Saya telah
mendapat upah dari kerja ini. Saya juga makan hasil bertenun ..Lalu,
apakah yang telah Abu Bakar lakukan ketika itu! Beliau melakukan sesuatu yang benar-benar mengkagumkan .. Memasukkan jari ke dalam mulut sehingga memuntahkan semua yang ada di dalam perutnya ..
No comments:
Post a Comment