Thursday, 28 November 2013

Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal) Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri..... Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? *Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. *Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. *Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. *Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Saturday, 23 November 2013

Sebarkan Bahagia: Wanita haid bolehkah masuk ke masjid?

Sebarkan Bahagia: Wanita haid bolehkah masuk ke masjid?: Wanita sejak zaman Rasul sukakan masjid. Ini isu khilaf. Bila sebut isu khilaf, semua pihak ada hujah. Semua pihak bukan suka-suka hat...

Sebarkan Bahagia: Krisis Akhlak Remaja

Sebarkan Bahagia: Krisis Akhlak Remaja: BARU-BARU ini negara dikejutkan dengan berita seorang remaja lelaki yang dikatakan hilang selepas memasuki banglo terbiar dikenali seba...

Alhamdulillah...Usia meningkat lagi setahun. terima kasih family..membuat sambutan ulang tahun kelahiranku bersama kembarku. Tiada kata yang dapat diluahkan..hanya rasa bersyukurku ke hadrat ilahi atas segala pemberianNya selama ini. Dalam pada menyambut ulang tahun ini, terselit rasa gembira,sedih dan takut..uhhh..tersenyumlah..belom mati lagi kot...Mati??? Bercakap tentang mati, cuba kita renungkan sekejap..kebanyakkan dari kita yang pernah Kehilangan orang tersayang. ce tengok tarikh kematian mereka..kebanyakannya meninggal selepas dari tarikh lahir mereka bukan?? ataupun ianya suatu kebetulan?? saya Kehilangan arwah bapa saya selepas dari tarikh lahirnya. saya juga Kehilangan rakan saya,juga selepas tarikh kelahirannya..kebetulan ataupun takdir?? Jujur saya katakan, apakah harus saya bergembira ataupun berseronok dengan pertambahan usia saya ini?? Allahu Rabbi...untuk membayangkan kematian itu pun, tidak sanggup rasanya...apatah lagi membayangkan neraka itu bagaimana keadaannya....Allah :"(

Bersangka baik dengan orang Mana tahu.. ••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah Mana tahu.. ••► Yang senyum itu kerana bersedekah Mana tahu.. ••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya Mana tahu.. ••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya Mana tahu.. ••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...

Sunday, 10 November 2013

Muhasabah Diri



MUHASABAH DIRI

Rasulullah s.a.w telah mendedahkan satu hakikat yang wujud dalam perjuangan dakwah supaya umat Islam dapat mengambil sikap yang bijaksana, di mana Baginda mendedahkan bahawa terdapat manusia yang bergelumang dengan maksiat, berjiwa munafiq dan tidak beriman turut serta berjuang menegakkan syiar Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat)".(Riwayat Bukhari)

'Fajir' di sini bermaksud orang yang bergelumang dengan maksiat-maksiat dan perbuatan-perbuatan yang haram.

Sesetengah pandangan Ulama' Islam mengatakan orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya sedangkan orang lain mendapat faedah dan beramal dengan ilmu yang diajar olehnya dikira dalam golongan 'fajir'. Golongan pemerintah yang zalim juga dikira golongan manusia yang fajir.

Di dalam sejarah perjuangan Islam sejak zaman dahulu hingga sekarang terdapat banyak contoh-contoh yang menunjukkan betapa manusia yang bersifat 'fajir' ini dapat mengaburi pandangan orang Islam dengan perjuangan mereka yang gigih unuk menegakkan Islam. Mereka ini sering melaungkan kata-kata berbentuk perjuangan tetapi sebaliknya lain pula tindakan yang dilakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Kebanyakan para syahid umatku adalah orang yang mencari nama. Dan betapa banyak yang terbunuh antara dua barisan, Allah sahajalah yang mengetahui dengan niat masing-masing".(Riwayat Muslim)

Jadi, seharusnya niat seseorang pejuang itu hendaklah berhati-hati dari sifat 'fajir' dan juga bersifat riya' yang membolehkan segala amalan terhapus dan terlepas dari ciuman bau syurga.

Wassalam...

Tak Masuk Akal :: 24 Manusia Yang Pernah Mengaku Sebagai Nabi

Seperti yang wajib dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 sahaja yakni nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan ada lagi nabi-nabi lain selepas Baginda..Namun, masih ada lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai..Nak tahu siapa mereka ini, meh usha kat bawah..
1. Lia Aminuddin
Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.

2. Ahmad Mukti 
Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.

3. Dedi Mulyana
Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.

4. Ahmad Musaddeq
atau H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telahbertaubat pada 9 November 2007.

5. Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah
Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam.

6. Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib.
Penganut fahaman Syiah yang meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi sekaligus.

7. Mirza Ali Mohammad (abad 19).
Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati oleh pemerintah Iran tahun 1843.

8. Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala
Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal dari Kaherah, Mesir.

9. Muhammad Bakri
Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh oleh pengikutnya sendiri, kemudian  mayatnya disalib di atas papan kayu.

10. Tsurayya Manqus
Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.

11. Amru bin Luhayyi,
Berasal dari Kabilah Khuza’ah. Orang pertama yang mengubah agama Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.

12. Musailamah al-Kadzdzab
Berusia 150 tahun, mati tahun 12 H/633 M. Memiliki penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.

13. Zoroaster 
Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam perang melawan Bactria (Balkh).

14. Mazdak
Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.

15. Al-Aswad al-Ansi
Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka’ab bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.

16. Al-Mukhtar bin Abi Ubaid
Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair di Harura.

17. Mirza Husein Ali.
Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya, Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.

18. Asy-Syaikhah Manal Wahid Manna
Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak tahun 1995. Dia dipenjara oleh pemerintah Mesir.

19. Daishan,
Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran bertuhan dua di Parsi dari agama Majusi.

20. Mirza Ghulam Ahmad,
Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera

21. Marcion
Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan pemahaman Marcionisme

22. Mani
Berasal dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh, dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.

23. Sutarmin
Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun 2013.

24. Ashriyanti Samuda
Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat setempat.

semoga bermanfaat ^_^

Lumrah Kehidupan :: Manusia Datang dan Pergi Dalam Hidup Ini

Assalamualaikum w.t.b...

Mendongak ke langit. Memerhati alam sekeliling. Membuang pandangan kosong. Keadaan tampak berbeza. Semuanya bertukar serta-merta. Cepatnya keadaan berubah. Pantasnya masa berlalu. Lajunya manusia mengalami perubahan. Sedarlah, ini yang dinamakan kehidupan.

Apabila menyorot kembali rentetan hidup yang telah berlalu pergi, akan terbit rasa sayu di hati. Sekilas rasa gembira yang banyak sekali. Disilih gantikan dengan pelbagai rasa yang bercampur aduk menjadi satu. Sedih, kecewa, suka, duka, terharu, terkilan, rawan dan segalanya. Unik sungguh punya rasa-rasa ini semua. Semuanya berkumpul dalam membentuk rasa. Menyedarkan yang kita hanyalah manusia biasa yang kerdil dari pandanganNYA.

Dari bangku sekolah kita punya rakan-rakan seangkatan. Apabila memasuki sekolah menengah rakan-rakan lain pulak kita temui. Apabila tamat sekolah rasa seperti hilang rakan-rakan apabila memasuki alam Universiti, Kolej, IPTA dan sebagainya. Pelbagai rakan segenap inci negeri dan daerah ditemui. Tak kurang juga yang mencari buah hati di sini. Dan fasa kehidupan diteruskan apabila memasuki alam kerjaya. Sekali lagi kita dihadapkan dengan manusia-manusia yang baru. Dan pada klimaksnya alam perkahwinan.

Selama kita melalui seperti yang diutarakan di atas sudah berapa ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita? Mesti ramai bukan? Dalam ramai-ramai akan muncul seorang dua yang masih setia menemani hari-hari yang layak digelar sebagai sahabat sejati. Sahabat sejati itu akan ada walaupun tidak sentiasa hadir di mata. Mereka pasti ada di saat kita perlukan mereka. Jika tiada pun tidak mengapa. Terima sahaja.



Kadang-kadang ada yang bersedih memikirkan hal ini. Tak perlu bersedih. Terimalah aturan Allah ini dengan tenang sekali. Setiap orang punya kehidupan yang telah direncanakan Allah untuknya. Bergantung bagaimana pengendalian dalam usaha untuk teruskan hidup. 

Tidak perlu bersedih andai mereka hilang ataupun lari dari hidup anda. Belajarlah terima hakikat yang di mana inilah kehidupan. Belajar jangan mengongkong kehidupan orang lain. Manusia punya hak dan keputusan untuk lakukan apa sahaja yang terbaik dalam hidupnya. Begitu juga kita bukan? Makanya itulah keadilan yang Allah sudah berikan pada kita.

Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita. Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain. Apa yang perlu kita sematkan di hati dan fikiran ialah, berbaik dan berbaktilah dengan semua orang. Berbaik dan berbaktilah kepada semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ada hikmah di setiap pemergiaan manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup kita. InsyaAllah satu hari kita akan temui hikmahnya.

Ingat, andai semuanya pergi dalam hidup kita, sekurang-kurangnya kita masih punya keluarga yang tetap menyayangi dan kita akan temui jodoh untuk terus layari bahtera perkahwinan sehingga akhir hayat. Andai sudah mendirikan rumah tangga, jagalah ikatan itu sehingga hari muka. Moga kita semua terus berbahagia. Senyum dan terima segalanya :)