Saturday, 19 October 2013

Nah! 25 Perkara Jangan Buat!

Jom baca dan amalkan bersama semoga kita boleh mendapat manfaat dan keberkatan bersama :)
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.
7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.
8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.
10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.
11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.
12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..
13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.
14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.
15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.
16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apaaila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.
19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.
20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.
23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.
24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri.
25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe..
.
p/s : Jangan lupa share kat kawan facebook semua :)  

Kisah Pohon Epal (^^,)


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.

Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat

Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..


Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku.. 
Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
 
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku… 
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu.
 
Amin

AZAB MENINGGALKAN SOLAT SUNGGUH MENGERIKAN..!!

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia. 
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107

Jom, Amalkan Doa Harian nie..Tak Rugi pun.(^^,)

Doa ketika bangun dari tidur 


Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.



Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".


Doa ketika masuk tandas 


Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".

Doa ketika keluar rumah 


Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".




Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".

Doa ketika memasuki rumah 


Maksudnya:

"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.

Doa solat istikharah 


Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Doa ketika dukacita dan sedih 


Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.





Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


Bacaan untuk menolak gangguan syaitan 


Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Mesti Tahu ! Keistimewaan Al-Quran dan Mukjizatnya



Wajib tau, mukjizat dan keistimewaan Al-Qur'an, Mukjizat Al-Qur'an sungguh tiada tandingannya. Kitab suci umat Islam ini adalah kitab yang diturunkan dari langit dan menyempurnakan kitab-kitab sebelumnya. Al-Qur'an sebagai pedoman hidup umat Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril. 
 

Al-quran merupakan mukjizat terbesar yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW. Mukjizat ini menjadi panduan hidup umat Islam dalam menjalankan kehidupan di dunia. Segala permasalahan dan solusi hidup manusia tercantum dalam Al-quran. berikut adalah beberapa kemukjizatan Al-quran: 
 
1. Al-Qur'an Sumber Dari Segala Hukum
Salah satu kemukjizatan Al-quran adalah sumber segala hukum. Al-quran memuat berbagai aturan-aturan atau perundang-undangan bagi kebahagiaan hidup manusia. Baik di dunia maupun di akhirat. Al-Qur'an adalah sumber hukum utama umat Islam. Hukum-hukum atau aturan-aturan itu mencakupi segala aspek kehidupan manusia. 

 
2. Al-quran Terjaga keasliannya
Al-Qur'an adalah salah satu kitab suci yang terjaga keasliannya sampai hari kiamat. Ayat-ayat Al-Qur'an, sejak diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, sampai sekarang masih terjaga keasliannya. Al-Qur'an senantiasa terjaga keasliannya kerana Al-Qur'an adalah kalam Allah. Inilah sebagai salah satu bukti kemukjizatan Al-Qur'an.
 
 

3. Al-Qur'an Memuat Ilmu Pengetahuan
Di antara bukti kemukjizatan lainnya, Al-Qur'an adalah sumber ilmu pengetahuan. Al-quran memuatkan pengetahuan di masa lampau mahupun di masa yang akan datang. Para ahli pengkaji, baik dari kalangan muslim mahupun non muslim, berlumba untuk mengkaji dan menggali sumber-sumber ilmu pengetahuan dalam Al-Qur'an.

Al-Qur'an sudah menjelaskan tentang bagaimana proses penciptaan alam semesta dan kehidupan di bumi. Pengetahuan semacam ini belum terjangkau pada zaman Rasulullah. Namun, kini para ilmuwan sudah membuktikan kebenaran Al-Qur'an. 
 

Ilmu dan teknologi dalam Al-Qur'an selangkah lebih maju dibandingkan penemuan-penemuan para ahli di zaman modern ini. Hal ini membuktikan bahwa Al-Qur'an adalah kitab yang memiliki kemukjizatan luar biasa. Al-Qur'an saja begitu luar biasa, apalagi pencipta alam semesta ini? Subhanallah...
 
4. Al-Qur'an Memiliki Bahasa yang Indah
Sudah tidak diragukan lagi kehebatan Al-Qur'an. Di samping sebagai sumber segala hukum dan ilmu pengetahuan, Al-Qur'an juga memiliki bahasa yang indah. Bahasa Al-Qur'an begitu puitis. Al-Qur'an bukan kitab puisi atau sastera. Namun, keindahan bahasanya tiada tandingan.
 
 

Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah senang membuat syair. Syair-syair yang memiliki nilai puitis dan penuh hikmah akan dipasang di Ka’bah. Oleh karena itu, orang Arab sering berlumba-lumba membuat syair. Dengan alasan itu, Al-Qur'an diturunkan pada bangsa Arab yang gemar membuat syair. Keindahan bahasa Al-Qur'an mengalahkan semua syair-syair pada masa itu. 
 

Selain susunan bahasanya, Al-Qur'an juga sangat indah pada saat dilantunkan. keindahan lantunan ayat-ayat Al-Qur'an dapat menenangkan hati yang membaca mahupun yang mendengarnya. 
 
5. Al-Qur'an Sumber kebaikan dan Hikmah
Orang yang belajar membaca Al-Qur'an walaupun terbata-bata akan mendapat pahala. Apalagi jika bacaannya menggunakan tartil. Al-Qur'an mengandung banyak hikmah. Di samping itu, Al-Qur'an juga dapat dijadikan ubat bagi hati yang sedang bersedih.



p/s : selamat beramal.. ( ^^,)

Kenapa Perlu Solat??


Assalamualaikum w.b.t..

Solat adalah merupakan satu arahan ALLAH yang penting dan Nabi s.a.w. mengambilnya secara terus dari ALLAH S.W.T. tanpa perantaraan Jibril a.s.

Dari segi istilah bahasa, Solat ialah Do’a. Dari istilah Fiqh, ialah tiap tiap perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu.

Solat telah mula difardhukan kepada umat Islam setahun sebelum Hijrah iaitu ketika malam Isra’ Mi’raj Nabi s.a.w.

Kenapa Perlu Solat?
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah:43)

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah:110)

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

“..Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan pada waktunya ke atas orang-orang yang beriman..” An-Nisaa:103

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Islam itu didirikan di atas lima asas, mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan." (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa meninggalkan solat Fardhu dengan sengaja, maka dia telah terlepas dari jaminan ALLAH" (Riwayat Imam Ahmad)


Kalau Solat Diabaikan

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta…” (Thoha:124)


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٣) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Saqar (Neraka), mereka menjawab: “Kami dahulu bukan dalam golongan orang yang solat.” (Al-Muddathir:42:43)

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

“Kemudian mereka digantikan dengan keturunan yang mencuaikan Solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab” (dalam Neraka) (Maryam:59)

Mafhum Hadith:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bahawasanya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabatnya, adakah kamu percaya bahawa kekotoran masih melekat pada tubuh seseorang yang lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di hadapan rumahnya?” Lalu baginda bersabda: Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan rahmat ALLAH ia dapat menghapuskan segala dosa.” (Muttafaq Alaih)

Mafhum hadith:
“Amalan yang mula-mula diperhitung daripada seorang hamba pada hari Kiamat ialah SOLAT, jika solatnya itu baik, maka baiklah seluruh amalannya. Sebaliknya jika solatnya itu buruk, maka buruklah seluruh amalannya.” (At-Tobrani)